MALAM BERINAI: | • | Minta bantuan dari ahli keluarga dan sanak saudara untuk menginaikan anda. | | • | Jika ingin mengenakan henna, pastikan anda telah menempah mereka yang pakar dalam hal sedemikian sebulan sebelum majlis malam berinai anda. | Berikut adalah senarai semak untuk majlis perkahwinan atau persandingan. Sebaik sahaja kedua-dua belah keluarga telah menetapkan hari persandingan, maka perkara-perkara di bawah boleh dijadikan landasan dalam memastikan kelancaran majlis perkahwinan anda.
LAPAN – ENAM BULAN SEBELUM perkahwinan: Bakal pengantin lelaki dan perempuan perlulah berbincang terlebih dahulu tentang beberapa perkara seperti berikut: Bagi pengantin lelaki dan perempuan: | • | Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin. | | • | Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut. | | • | Menentukan konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang anda ingini.(Majlis di hotel atau taman.) | | • | Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal. | | • | Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan pakaiannya) | | • | Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda | | • | Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya. | | • | Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan. | Bagi pengantin lelaki: | • | Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda) dan lain-lain hantaran. |
LIMA BULAN SEBELUM perkahwinan: Bagi pengantin lelaki dan perempuan: | • | Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta. | | • | Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda. | | • | Menempah videografi atau jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda. | | • | Membeli cincin kahwin. | | • | Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menggunakan khidmat katerer. Jika ingin menggunakan khidmat katerer bincangkankan menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan. | | • | Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput | | • | Menempah sekumpulan pemuzik dan DJ (jika perlu) | | • | Lakukan rawatan muka, badan dan rambut. | | • | Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan budjet untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah orang lain. |
TIGA BULAN SEBELUM perkahwinan: Bagi pengantin lelaki dan perempuan: | • | Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin. | | • | Mengesahkan tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya. | | • | Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital. | | • | Rawatan intensif muka, badan dan rambut. | Bagi pengantin lelaki: | • | Memaklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan anda. | | • | Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan pihak lelaki. | Bagi pengantin perempuan: | • | Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda. | | • | Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda. Jika anda tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim, dari mana-mana Jabatan Agama Islam untuk menikahkan anda. |
DUA BULAN SEBELUM perkahwinan: Bagi pengantin lelaki dan perempuan: | • | Membeli barang kemas | | • | Tentukan pengapit anda, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda. | | • | Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput. | | • | Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan anda. |
TIGA MINGGU SEBELUM perkahwinan: Bagi pengantin lelaki dan perempuan: | • | Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah berpuashati. | | • | Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung. | Bagi pengantin perempuan: | • | Pilih gaya rambut yang anda ingini semasa majlis perkahwinan anda (bagi yang bertudung, pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan anda nanti). |
TIGA – SATU HARI SEBELUM perkahwinan: Bagi pengantin lelaki dan perempuan: | • | Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran. | | • | Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan. | | • | Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon. | | • | Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut. | | • | Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut. Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal. | | • | Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan. | | • | Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda. | Bagi pengantin lelaki: | • | Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan ruamh pada majlis pernikahan. | Bagi pengantin perempuan: | • | Hubungi hair dresser anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut. | | • | Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki) |
PADA HARI PERNIKAHAN: Bagi pengantin lelaki dan perempuan: | • | Pastikan anda membawa kad pengenalan, gambar, dan apa-apa dokuman yang diperlukan semasa majlis ijab dan kabul. | Bagi pengantin lelaki | • | Pastikan anda telah menyediakan wang mas kahwin pada hari pernikahan anda. | | • | Pastikan wang hantaran (terutamanya wang tunai) diamanahkan kepada orang yang boleh dipercayai. | | • | Pastikan anda telah menyediakan wang (upah) untuk diberikan kepada tok kadi. | | • | Cincin / gelang tangan / rantai. | | • | Sirih junjung dan lain-lain hantaran. | | • | Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan. | | • | Pastikan mereka yang menjadi saksi dan wali turut ada pada majlis pernikahan tersebut. | | • | Pastikan tok kadi yang akan menikahkan anda, telah diberitahu lebih awal tentang hari pernikahan anda. | | • | Pada malam majlis pernikahan, majlis persalinan baju (jika perlu) diadakan. Pakaian yang biasa dipakai ialah baju yang menjadi kebanggan sesebuah negeri seperti baju Sari, Cheongsam, Minangkabau, Jawa, Mendaling dan lain-lain. |
PADA HARI PERKAHWINAN: Bagi pengantin lelaki dan perempuan: | • | Ambil sarapan seawal tujuh pagi, bagi mengelakkan anda lapar, mengantuk dan tidak bermaya. | | • | Jangan takut untuk menghadapi hari bahagia anda. Bertenang dan sentiasa senyum. | | • | Pastikan majlis anda berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan. | Bagi pengantin lelaki: | • | Pastikan anda datang tepat pada masanya atau sekurang-kurangnya sepuluh minit awal dari waktu yang telah ditetapkan | | • | Pastikan kesemua hantaran telah dibawa termasuk sirih junjung | Bagi pengantin perempuan: | • | Pastikan anda telah bersiap satu setengah jam lebih awal sebelum pengantin lelaki sampai ke rumah anda. |
TIGA HARI SELEPAS perkahwinan: | • | Melawat keluarga dan sanak saudara kedua-dua pihak. | |
0 comments:
Post a Comment